Tips Memilih Dan Membeli Pakaian



Pernahkah anda berada dalam situasi seperti ini ‘Tertarik pada sepasang baju yang cantik dengan harga yang berpatutan. Tanpa berfikir panjang, anda terus membelinya. Namun bila sampai di rumah, baju yang dibeli itu tidak muat dipakai ataupun kualiti baju itu tidak seperti yang diharapkan.’ Pasti menyesalkan.

Situasi sebegitu seringkali terjadi bila kita membeli tanpa mengambil berat bab pemilihan. Beli lepas tu tak boleh pakai, memang merugikan.

Ada beberapa Tips Memilih Dan Membeli Pakaian yang boleh dipraktikan setiap kali anda ingin membeli pakaian.

1. Saiz yang betul 

– Sebaiknya sebelum anda membeli pakaian, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk cuba terlebih dahulu. Kerana tidak semua baju yang kelihatan cantik adalah selesa untuk di pakai. Jadi, sebelum membazir apa kata anda pastikan dahulu adakah ia berbaloi untuk di beli atau sebaliknya.

2. Rona warna yang sesuai 

– Pemilihan warna juga penting. Anda perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulit anda? Adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut anda yang lain. Adakah ia sesuai dengan warna tudung anda dan sebagainya.

3.Teliti jenis kain 

– Jika anda seorang yang kuat berpeluh, seeloknya anda lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin anda beli itu. Adakah ia jenis kain yang menyerap peluh atau sebaliknya. Memilih kain yang tidak sesuai akan membuatkan badan anda berbau kerana berpeluh.

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak 

– Kadang kala kita mungkin terlepas pandang baju yang dibeli itu mungkin koyak atau berlubang. Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal-pasal anda perlu ke kedai itu semula untuk meminta tukar ganti.

5. Pastikan zip berfungsi dengan betul 

– Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak, anda juga harus memastikan adakah zip (jika ada) berfungsi dengan betul atau tidak.

Ini antara 5  Tips Memilih Dan Membeli Pakaian yang tidak boleh anda pandang remeh setiap kali membeli pakaian.

0 Response to "Tips Memilih Dan Membeli Pakaian"

Post a Comment