7 Tabiat Yang Menjejaskan Kesihatan




Anda pasti terkejut kerana 7 perkara yang sering kita lakukan sebenarnya boleh membahayakan tahap kesihatan. Tabiat yang dianggap remeh tetapi boleh meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit.

Di bawah ini dikongsikan 7 Tabiat Yang Menjejaskan Kesihatan. Seeloknya kita cuba untuk kurangkan atau sebaiknya menghentikan tabiat-tabiat ini.

1) DUDUK SAMBIL MENYILANG KAKI 

– Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Disyorkan supaya mengelak menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit.

2) TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM 

– Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil meletakkan bantal di antara kaki.

3) MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT 

– Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal.

4) BEG TANGAN DI SISI 

– Kebanyakan wanita akan membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal.Elakkan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.

5) TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR 

– Setiap kali bangun tidur, anda pasti biasa melakukan regangan badan.

Eloklah dihentikan sahaja tabiat ini kerana kebiasaan melakukan sebegitu boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya kelak anda akan rasa sakit pada bahagian punggung dan leher. Lebih elok selepas bangun tidur anda terus bangun dari katil, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.

6) KERAP MEMBONGKOK 

– Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan memberi tekanan kepada tulang belikat anda. Jadi pastikan bila duduk jangan membongkok.

7) MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT 

– Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang menjadi trend sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan dan anda pasti akan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang sedang dilakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.

Ini antara 7 tabiat yang harus dielak supaya anda dapat rasa lebih sihat dan juga tidak mengundang pelbagai jenis penyakit yang tidak diingini.

0 Response to "7 Tabiat Yang Menjejaskan Kesihatan"

Post a Comment