Tanda Tanda Terlalu Selesa Hidup Single


Anda masih single atau mempunyai kawan-kawan yang masih belum berumahtangga? Adakah kerana belum bertemu jodoh ataupun sudah terbiasa dan selesa bergelar single? Anda rasa?

Jom kaji Tanda Tanda Terlalu Selesa Hidup Single

1) Anda sudah tidak kisah melepak di rumah atau tak ke mana-mana bila setiap kali hujung minggu. Anda lagi rela duduk di rumah dengan menghabiskan baca novel atau tengok TV daripada mengajak teman untuk keluar berjalan-jalan.

2) Anda seikhlasnya merasa gembira melihat majlis perkahwinan, majlis pertunangan atau kelahiran bayi rakan-rakan atau orang sekeliling anda tanpa merasa sedikit pun kekurangan.

3) Anda tidak berasa janggal bila keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tidak berasa cemburu melihat pasangan lain berjalan berpegangan tangan, makan bersuap-suap…dan sebagainya.

4) Bila disoal tentang status hubungan, anda menjawab secara jujur tanpa mempedulikan pandangan negatif dari orang yang menyoal.

5) Anda boleh makan kat luar, tengok movie dan travel seorang diri. Tak rasa kekok tanpa peneman.

6) Walaupun single namun jadual anda sentiasa penuh dengan aktiviti yang menyeronokan bersama keluarga dan rakan-rakan

7) Anda seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan. Anda tak lagi merasa kesepian bila tidak menerima panggilan atau kiriman mesej dari insan bergelar kekasih.

8) Anda sudah tidak mudah cair dengan mesej berbentuk kata-kata manis dan romantis dari insan yang nak berkenalan.

9) Anda sudah berasa selesa dan gembira dengan kehidupan anda sekarang.

10)  Anda sudah tidak merasa tertekan untuk berumah tangga, tiada lagi tetapkan had umur untuk berkahwin.

11)  Anda berasa rimas jika perlu maklumkan jadual atau rutin harian kepada insan bergelar teman lelaki atau wanita.

12) Anda tidak lagi merasa sunyi bila bersendirian. Malah mungkin anda sudah tidak lagi kenal erti sunyi bersendirian.

13) Anda sudah mampu memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian,malah anda juga dah boleh tunjukkan betapa tiada kekurangannya kalau single sekalipun

14) Anda sudah tidak rasa terkilan di atas kegagalan cinta yang lalu. Sebaliknya anda bersyukur dengan pengakhiran perhubungan itu kerana hidup anda jauh lebih gembira berbanding dahulu.

Bagaimana…anda ada Tanda Tanda Terlalu Selesa Hidup Single?

2 Responses to "Tanda Tanda Terlalu Selesa Hidup Single"

  1. SEBAB-SEBAB KENAPA AKU SELESA HIDUP SINGLE:

    1-aku malas nak berkejar2 balik keje kene masak, kene jaga anak, kemas rumah, basuh baju, dan segala macam keje rumah. kalo duduk sorang2, malas mcm mana pun tak apa…kita tahu bila kita nak mengemas.

    2-aku malas nak jaga mak bapak dan adik beradik serta sedara mara orang lain. Family sendiri pun bnyk lagi yg aku tak dapat nak bagi, kang kena pulak hulur duit kat family orang lain. belum tentu org suka pun.

    3-aku malas nak balik kampung org lain masa raya. belum tentu best macam kampung sendiri.

    4-aku malas nak kena report2 itu ini. jgnkan kawin, bercinta pun dah penat sbb kene wassap sepanjang hari. blue tick boleh buat gaduh. habis bila kerja nak siap??

    5-hari cuti tak leh bangun lambat. lagi2 kalo kat rumah mentua. ah, weekdays dah penat keje bangun awal bagai, hari cuti pun nak kene bangun awal jugak? pastu malam, kita la yg paling lambat masuk tido. haih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong,btul to dh laki skrg asyik nk kwin bnyk.. menyesal ja,lebih baik hidup sendiri. Hati tak sakit,lebih baik juga keluarga sendiri,dari pada juga keluarga org lain..org luar tetap org luar,tak sama dgn keluarga sendri..saya sokong akak..✌️😁

      Delete