Punca Dan Cara Merawat Sakit Kepala
Rasa sakit kepala boleh dialami oleh sesiapa sahaja tak kira umur mahupun jantina. Individu yang mengalami sakit kepala lebih suka menyendiri kerana ketika itu deria penglihatan dan pendengaran menjadi lebih sensitif kepada cahaya dan bunyi.
Kerapkali pil penahan sakit menjadi peneman dan ubat yang dianggap paling membantu untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami. Selain itu ada juga individu yang akan sapu minyak angin dikepala untuk mengurangkan rasa sakit yang dirasai.
Setiap yang berlaku pasti berpunca dari sesuatu, begitu juga dengan sakit kepala. Antara penyebab utama seseorang mengalami sakit berdenyut-denyut di bahagian kepala adalah:
Bila badan kekurangan zat dan nutrisi
Faktor keturunan (migrain)
Kesan pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan terutamanya untuk mereka yang berpenyakit
Wanita ketika datang haid
Terlalu banyak mengambil minuman berkafein
Kerap mengambil makanan yang mengandungi MSG yang berlebihan.
Waktu tidur yang tidak cukup
Kurang minum air
Cara Merawat Sakit Kepala
1) Individu yang kerap diserang sakit kepala perlu rajin bersenam kerana bila badan aktif, daya tahan badan akan meningkat. Malah dengan bersenam juga dapat mengurangkan stress dan tidur malam juga akan lebih lena.
2) Minum air suam secukupnya. Bila badan kekurangan air, seseorang akan lebih mudah diserang sakit kepala.
3) Jangan biarkan perut kosong untuk tempoh yang lama. Bila badan tidak mendapat sumber makanan yang cukup, kekurangan gula dalam darah akan berlaku. Dan ini akan menyebabkan kepala mudah terasa pening.
4) Pastikan anda mendapat waktu tidur yang mencukupi. Tidak cukup tidur atau terlebih tidur pun boleh menyebabkan sakit kepala. Jadi cuba amalkan rutin waktu tidur yang sama setiap hari, tidak kira hari bekerja mahupun hari cuti.
5) Jangan menghadap srin komputer atau skrin tv untuk tempoh yang lama.
Setelah beberapa jam merenung skrin komputer ataupun menonton televisyen, pejamkan mata untuk seketika. Seeloknya tinggalkan meja kerja dan cuba perhatikan sesuatu objek yang berada lebih jauh dari kita untuk seketika.
6) Elak dari berasa terlalu tertekan atau stress. Positifkan minda dan cuba buat sesuatu yang mampu memberi ketenangan kepada diri.
7) Jika rasa kepala dah mula berdenyut, ambil sehelai tuala kecil dan basahkan dengan air sejuk. Kemudian letakkan di atas dahi untuk seketika. Tuala yang basah itu juga boleh diletakkan di belakang leher ataupun baring dan letakkan tuala basah itu menutupi bahagian mata.
8) Anda juga boleh cuba basahkan rambut dengan air dan urut sedikit kepala untuk mengurangkan rasa sakit. Selepas itu lap rambut dan baring untuk seketika. (sesuai ketika cuaca panas)
0 Response to "Punca Dan Cara Merawat Sakit Kepala"
Post a Comment